Hari ini merupakan hari pertama aku di Sekolah Kebangsaan 2 Taman selayang.
pada mulanya, aku berasa begitu takut dan agak gementar.pada hari pertama aku
tiba, ahli kelasku tiada di dalam kelas, tetapi mereka berada di makmal mzik.
penyelia petang pun membawa aku ke sana. aku mula berkenalan dengan
rakan-rakanku yang baru.
pada tahun itu, pelajar tahun 4 berada di sesi petang. aku belajar dengan
bersungguh-sungguh. tiba peperiksaan akhir tahun, aku mendapat keputusan yang
cemerlang. aku mendapat tempat ketiga di dalam kelas. kawanku Azneena dan
Aisyah mengucapkan tahniah atas kejayaanku, “ Tahniah , Shikin.” Tetapi ,
malangnya, salah seorang dari rakanku amat membenci diriku kerana telah
mengambil takhtanya mendapat tempat ketiga. Beza peratus kami adalah tiga
peratus sahaja. liyana berasa begitu marah dan menangis di dalam tandas. pada
mulanya aku berasa bersalah,tetapi atas nasihat rakan-rakanku yang lain, aku
pun membiarkannya. “Shikin biarkan sahajalah si Liyana tu. Nanti redalah marah
dia ,” kata Aisyah.
Masa pun berlalu…….
tibalah tahun seterusnya…..
tahun 2005
Pada tahun ini aku darjah 5. aku dilantik menjadi pengawas sekolah. aku
berasa bersyukur kerana dilantik menjadi pengawas sekolah. Tetapi, ada
rakan-rakanku yang lain mencemburui kepimpinan aku. Aku teruskan sikap pimpinan
aku. Pada suatu hari, Liyana mula merapatiku. kami bagaikan isi dengan kuku.
hubungan kami makin lama makin akrab. kami ini boleh dikatakan bagaikan adik
berdik. susah kami berenggang.kami sentiasa bersam. belajar bersama-sama, main,bergurau
senda dan bermacam-macam lagilah. susah senang kami kongsi bersama.keluarga
kami pun rapat.
masa pun berlalu dengan begitu pantas tanpa kusedari.....
saat berganti minit,
minit berganti jam
jam berganti hari
hari berganti minggu
minggu berganti bulan
bulan berganti tahun…
kini tibalah tahun 2006. di mana tahun ini aku akan menduduki peperiksaaan
Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR). aku bertekad mahu mendapat keputusan
yang cemerlang. aku dan Liyana bersama-sama mahu memiliki keputusan yang
terbaik di dalam peperiksaan itu. Kemudian, aku diberi tanggungjawab menjadi
Ketua Pengawas di sekolah. Aku berasa bersyukur kerana dilantik menjadi Ketua
Pengawas” Tahniah, Shikin. Saya harap kamu akan menjadi seorang pemimpin yang
boleh memimpin rakan kamu,” kata Cikgu Sapinah kepadaku.
Watikah perlantikan pun diadakan. kali pertama aku memberi ucapan di atas
pentas. agak gementar sedikit tetapi rakan baikku telah memberi kepadaku
semangat dan sokongan kepadaku. di sekolah, aku mula menyukai seseorang iaitu
Sufian tetapi malanganya dia tidak menyambut cintaku yang tulus. hancur hatiku
apabila dia menolak cintaku. aku menangisi semua ini bersama dengan Cikgu
Zaimah. “Sabar Shikin. masa kamu masih panjang lagi. Tidak perlu nak
bercinta-cinta.belajar dulu. Kemudian Baru bercinta.” kata Cikgu Zaimah.
“baiklah cikgu zaimah. saya akan ingat nasihat cikgu.”kataku sambil
mengelap air mataku yang mengalir membasahi pipiku.
Pada suatu hari, aku,Liyana,Eleena,Aisyah dan Sufian terpilih untuk
mewakili sekolah dalam pertandingan pantun. Nasib telah menyebelahi kami. kami
telah memperolehi tempat pertama dalam pertandingan pantun peringkat sekolah.
aku berasa bersyukur sangat. kami mara sehingga peringkat daerah.
Saat yang dinanti-nantikan telah tiba. hatiku kini berdegup kencang.
keputusan UPSR akan diumumkan sebentar lagi oleh Cikgu Zaimah.Nama pertama
telah diumumkan. Tiba-tiba, namaku disebut.alangkah terkejutnya aku.
”pelajar seterusnya yang memperolehi 5A ialah Norashikin dari kelas 6
Tabah,” kata Cikgu Zaimah.tiba-tiba air mataku berlinangan di pipi gebuku.
selepas itu nama kawan baikku disebut.
”seterusnya ialah Liyana Khairunnisa dari kelas 6 Tabah.”
aku dan liyana berasa begitu gembira. kami berasa begitu bersyukur atas apa
yang kami miliki. aku terus berjumpa dengan cikgu Sapinah dan
memeluknya.”terima kasih cikgu atas segala tunjuk ajar cikgu.” air mataku
menitis tanpa berhenti.
kemudian aku memeluk cikgu Zaimah.
masa pun berlalu…
tahun 2007 pun tibe membuka tirai
kini aku di alam remaja…
aku mendapat tawaran bersekolah di sekolah Menengah Sains Kuala
Selangor. Emak dan ayahku berasa begitu
bhagia dan gembira kerana anaknya mendapat tawaran di sekolah berasrama penuh.
aku pun terpaksa berpisah dengan rakan baikku, Liyana Khairunnisa. Aku redha
dengan perpisahan ini.
Pada hari pertama aku di sekolah Mennengah Sains kuala Selangor, aku agak
rasa begitu takut dan berasa tidak selesa. inilah kali pertama aku berenggang
dengan keluargaku sendiri. aku di beri seorang kakak angkat yang bernama
Afieqah Rabanniah. dia seorng yang baik dan alim sedikit.
Dia banyak membimbingku ketika aku berada di asram. pada mulanya aku tidak
mengenal erti kehidupan di asrama. kini aku mengetahuinya dengan pengalaman
hidupku sepanjang hari di sekolah yang
berasrama. Pada bulan tiga, kami diberi cuti sempana cuti sekolah penggal
pertama. tiga hari sebelum aku pulang ke rumah.satu peristiwa telah berlaku ke
atas diriku.pabila aku ingin membuka pintu loker, tiba-tiba cerminku jatuh
pecah terburai.hatiku mula bersa tidak selesa.
pada keesokkan harinya, selepas subuh, aku pun menelefon ibuku. aku
mendengar suara ibuku yang baru habis menangis.
“Assalamualaikum, umi. umi apa khabar?”
“Waalaikumussalam. umi sihat. Shikin, apa khabar?” Tanya ibuku dengan
suranya yang serak.
“Umi, kenapa suara umi lain?” tanyaku apabila aku berasa agak kelainan
dengan suara ibuku.
“suara umi tak ada beza pun, sama sahaja.”jawab ibuku
kemudian ibuku meletakkan telefon.
selepas dua hari berlalu, pak cik aku datang mengambil aku di sekolah. aku
bersa hairan dan terkejut dengan kehadiran pak cikku.
apabila berada di dalam kereta, adikku memberitahu bahawa ibuku akan
mengalami kanser jika tidak dibuang ketumbuhan di belakang rahimnya. alangkah
terkejutnya aku pada masa itu.
aku menahan air mataku daripada mengalir.
apabila aku tiba di hospital, aku melihat sebujur badan di atas katil
pesakit, rupa-rupanya itu adalah ibuku.
setelah beberapa jam berlalu……….
“syukur alahamdulillah tuan Syed. isteri tuan selamat menjalani
pembedahan”kata doctor.
aku bersyukur sangat pada tuhan pada masa itu.aku menjaga ibuku selama
seminggu di hospital.
aku bersa gembira kerana ibuku masih hidup lagi di dunia yang fana ini.
masa pun berlalu…….
tahun 2009 pun tiba……
tahun ini aku akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). aku belajar
dengan bersunggu-sungguh.
alhamdulillah aku mendapat keputusan yang cemerlang.
aku bersyukur dengan apa yang aku miliki.
tahun 2009 melabuhkan tirainya…
tahun 2010 membuka tirainya….
tahun ini merupakan tahun aku menjadi seorang senior.
alangkah bahagianya hidupku ini. pelbagai dugaan dan cabaran yang harus aku
rintangi sepanjang aku menduduki di sekolah berasrama penuh ini. pada bulan
sembilan, seminggu sebelum raya, ada seorang jejaka menelefonku. Jejaka itu
merupakan bekas pelajar sekolah rendah dahulu. dia sama kelas denganku. mungkin
dulu aku agaka ombong dengan lelaki yanag aku tidak kenali. Nama jejaka itu
ialah Muhammad Asyraf.
hubungan kami makin rapat.pada 3 Oktober 2010, dia telah melamarku untuk
menjadi teman wanitanya. aku pun berfikir sejenak. aku pun menerima lamarannya. pada mualanya aku berasa begitu
kekok dengan statusku sekarang. Asyraf merupakan lelaki pertama yang menjadi
buah hatiku. alangkah sedihnya, hubungan kami tdak berpanjangan. kami hanya
berpasangan selama seminggu sahaja
Walaubagaimanapun, hubungan kami tetap rapat bagaikan sepasang kekasih. Aku
dan asyraf bertemu kali pertama di Desa Putra. pertemuan kedua kami adalah di
KTM Bank Negara.
peristiwa yang paling melucukan adalah. aku mencari Asyraf sehingga aku
tersalah orang.
aku ingatkan yng itu adalah Asyraf. tapi pada hakikatnya, orang lain.
malaunya aku pada masa itu. kami pulang ke rumah bersama-sama.
kemudian, asyraf memperkenalkan kawan-kawan dia kepadaku.
“Shikin, kenalakan ini Reza, Jericho dan Razzane.”
“temanku, kenalakn ini Shikin kawan aku masa sekolah rendah dulu,”
“hai” kata Reza.
kemudian hubungan kami makin rapat. Aku berasa senang apabila bersama
dengan Asyraf.
pada suatu hari Asyraf memberi kepadaku satu pesanan ringkas yang menusuk
ke kalbuku.
“Keikhlasanmu membawaku seribu makna dalam
pengertian cinta yang telah engkau berikan …akanku jaga dirimu sampai akhir
hayatku…akanku berikan dirimu seribu
cahaya dalam menerangi satu kegelapan yang engkau alami walaupun ianya sekadar
cahaya….anggaplah ia sebagai
penghormatan untukmu buatku…yang pastinya aku mencintaimu setulus ikhlas
hatiku…..dan aku akan menjagamu dibangun dan tidurmu sepanjang hayatku….dan
yang pastinya aku akan sentiasa mendampingmu ketika kamu perlukan diriku……”
Asyraf memberikan pesanan itu kepadaku. Aku bersa begitu gembira dengan
kata-katanya.
Asyraf sentiasa mengingatkan aku kepada allah dan sentiasa mengingatkan aku
untuk menunaikan solat.
ini menunjukkan bahawa Asyraf sangat mengambil berat tentangku. aku
meneruskan perjunaganku dengan belajar bersungguh- sungguh untuk memperolehi
keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).Asyraf sentiasa
membri dorongan dan kata-kata semangat kepadaku untuk terus maju.
Pada tahun berikutnya, aku dan Asyraf sama –sama akan menduduki peperiksaan
SPM.
Aku dan Asyraf belajar dengan
begitu tekun dan kami akan belajar bersama-sama. Apabila tiba waktu cuti
sekolah yang panjang kami akan belajar secara berkumpulan. Kini tibalah masa
yang dinanti-nantikan.hatiku berdebar-debar menanti keputusan yang akan keluar
sebentar lagi. Aku bersyukur kerana aku mendapat 7A+,1A,1A-. alhamdulillah.
aku menelefon Asyraf dan
bertanya keputusannya.
“Asyraf , dapat berapa?”
“Alhamdulillah aq dapat 9A+.
Shikin dapat berapa?”
“Asyraf aku dapat 7A+,1A,1A-,”
“Bagusah tu.....kita sama-sama
dah berjaya. Petang nanti kita jumpa kat taman seperti biasa..okay...”
“Okay, Asyraf.”
Setelah beberapa tahun
berlalu.......
Shikin telah melanjutkan
pelajarannya di Liverpool dalam bidang perniagaan dan Asyraf di Australia dalam
bidang juruterbang. Shikin dan Asyraf terpaksa berpisah atas dasar mengejar
cita-cita masing-masing. Tapi kekuatan cinta mereka yang menjadi tunggak utama
kejayaan mereka.
Pada suatu hari, shikin
terserempak dengan Asyraf di KTM Bank Negara. Alangkah terkejutnya Asyraf
apabila melihat wajah Shikin yang begitu anggun dan cantik. asyraf agak
terkesima sebentar dengan keayuan Shikin.
“ Hai ,Shikin”
“Hai, Asyraf”.
Kemudian kami pun sambung
berbual di restoran.
Shikin mendapat tawaran
bekerja di salah sebuah syarikat yang
ternama, manakala Asyraf pula bekerja sebagai juruterbang di MAS. Shikin
dan Asyraf pun meneruskan kehidupan mereka seperti pasangan biasa. Pada suatu
hari, Shikin mendapat panggilan daripada mak ciknya dari kampung bahawa seluruh
keluarganya telah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalang.
“Assalamualaikum, shikin. ini Mak Su, Shikin
pergi ke hospital sekarang. keluarga Shikin terlibat dengan kemalangan” .
“ waalaikumussalam. mak su. Ya
Allah......kejap lagi Shikin sampai”.
Shikin pun menelefon Asyraf
dan meminta dia menemaninya di hospital. Asyraf pun mengambil Shikin di
pejabatnya dan bergerak pantas ke hospital. Alangkah terkejutnya Shikin apabila
dia tiba di hospital, dia terlihat lima bujur badan yang ditutupi seluruhnya
dengan kain putih.....Aku tidak dapat menahanya lalu kakiku lemah dan badanku
langsung tidak terdaya.Akhirnya aku jatuh, tetapi aku terasa badanku disambut
oleh seseorang. Rupa-rupanya asyraf yang menyambut badanku dari terjatuh ke
lantai. setelah beberapa minit berlalu, aku telah sedarkan diri.
“Aku dekat mana? mana Abah,
umi, syed, miza dan suhana?”
“Shikin. Shikin dekat
hospital. Kuatkan semangat. Jangan takut. Aku ada disamping engkau.” kata
Asyraf dengan perlahan sambil memegang tangan Shikin untuk memberi ketenangan
kepada Shikin.
Semua jenazah telah selamat
dikebumikan. Asyraf membawa Shikin pulang kerumah.
Semua orang menanti kedatangan
mereka. Apabila tiba di rumah. shikin tidak berkat apa-apa pun. Dia hanya
mendiamkan diri sahaja.
Di ruang tamu Asyraf
berbincang dengan ahli keluarga Shikin tentang hasratnya yang ingin menjadikan
Shikin suri hidupnya sepanjang hayat. Semua orang setuju dengan cadangan
Asyraf. Tetapi, mereka akan menangguhkan dulu majlisnya sehingga keadaan Shikin
stabil.
Setelah seminggu berlalu,
asyraf datang dan menemui Shikin.
“Shikin apa khabar?”
“Alhamdulillah sihat. Asyraf,
terima kasih kerana selama ini mengambil berat pasal Shikin dan memberi Shikin
sepanjang ketiadaan ahli keluarga Shikin,”
“Shikin......saya ada benda
hendak bincang dengan awak.”
“Apa dia?”
“Sudikah awak menjadi suri
hati saya sepanjang hayat?”
Shikin terkedu dengan soalan
yang ditanya oleh Asyraf.akhirnya Shikin menerima lamaran Asyraf. Perkahwinan
akan berlangsung dua bulan lagi.
Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu
sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk
mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan
dengan bapaku serta tuan imam.
Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang baik hati, kacak dan bertanggungjawab serta pemurah.
Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang baik hati, kacak dan bertanggungjawab serta pemurah.
Semoga dengan pilihanku ini beserta
dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap tok kadi dan
pak longku sebagai waliku. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat
mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak
dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan oleh
lelaki itu.
“ Shikin dah jadi isteri! ” Bisik sepupuku sewaktu aku menadah
tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit
juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi
tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada
suamiku tatkala ijab kabul .
“Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.”Doaku perlahan.
Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku sudah bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.
“Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti”Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.
Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.
“Assalamualaikum!” Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, Asyraf berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya.
Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat Asyraf mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.
“Sayang”..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.
Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku.
“Abang”.. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan Asyraf yang telah sah menjadi suamiku. “Shikin serahkan diri Shikin dan seluruh kehidupan Shikin kepangkuan abang. Shikin harap, , abang akan terima Shikin seadanya ini seikhlas hati abang..”Bisikku perlahan. ” Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia.” Janjinya padaku. Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu.
Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi.
Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu.
Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.

Dah masuk waktu maghrib rupanya.
Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan
semua ni.
“Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu.” ujar pak long padaku.
“Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu.” ujar pak long padaku.
Anak buahku sibuk bentangkan tikar
dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat
berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan.
Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama mak long, mak su dan anak buahku yang lain.
Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama mak long, mak su dan anak buahku yang lain.
Selesai sahaja iqamah, pak long memberikan penghormatan kepada
suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan pak
long itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya
dia memenuhi permintaan pak long itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat
takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu.
Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.”
“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin.”
Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. “Bang, maafkan Shikin !” Bisikku perlahan sewaktu mencium tangan Asyraf. Asyraf kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus.
“Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang.”Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku.
Selepas berwirid dan berzikir, Asyraf bangun menuju ke halaman rumah.
“Abang nak kemana tu?”Soalku.
“Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu.Ada
sikit lagi.”Jawabnya.
“Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi.”Aku kesian melihat Asyraf yang keletihan. “Betul kata Shikin tu Asyraf. Sambung esok sajalah.” Sampuk pak long yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Mak long pun mengangguk menyetujui sarananku itu.
Asyraf masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah.
Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah.

“Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu.

Setelah selesai semuanya, Shikin dan Asyraf masuk ke bilik untuk berehat..
Mereka pun melalui hari-hari mereka dengan gembira. Mereka sudah boleh menerima hati budi masing-masing.
No comments:
Post a Comment