kenapa engkau sanggup buat begini pada aku...
aku sedar,aku hanya seorang wanita yang tidak berdaya...aku seorang yang lemah..memang tidak dapat dinafikan lagi...tiada apa yang boleh aku ungkapkan...
sampai hati ko lukakan hati aku..engkau memanggil perempuan lain dengan panggilan sayang...di hadapan aku..aku hanya sabar sahaja...tidak ku ungkapkan sepatah pun..aku hanya mampu tersenyum sahaja..sedangkan hati aku pada saat itu sedih..sakitnya..bagai dihiris dengan sembilu...
berani aku katakan..bahawa engkau memang suka lihat aku menderita....
perempuan tu suka benar merosakkan hubungan orang lain...apa hak perempuan itu memarahi aku sedangkan dia yang merampas hak aku...boleh lagi perempuan itu kata yang aku ini perampas...aku sudah mengenali dia selama 1 tahun 5 bulan..sedangkan dia baru mengenali perempuan itu hampir 2 minggu....aku sangat sedih...tiada siapa yang memahami perasaan aku disaat aku kini....aku hanya mampu luahakn di blog aku sendiri......memang sukar untuk lupakan cinta yang pertama....dialah lelaki pertama yang muncul dalam hidupku..memberi kepadaku kebahagiaan...aku tidak dapat melupakannya..kenangan bersam dia sentiasa berada di sekelilingku......
kini,pikiranku buntu memikirkan apa yang perlu aku lakukan...aku nak berkata dengan jujur..memang bagiku sukar untuk melupakannya...aku sangat menyayanginya...aku berharap sangat tuhan memberi kepadaku kesabaran yang tinggi untuk menghadapi segala cabaran dan halangan yang akan tiba....mudah-mudahan aku dapat merintanginya dengan sabar dan kuat.....mengapa harus aku yang lalui kesusahan...??aku sendiri tidak mengerti..pabila, aku nak mula bergembira..pasti kesedihan akn bermula.....sukar untuk aku luahakn perasaanku di sini......
No comments:
Post a Comment